Kurang dari 5 Jam Saja Lagi! Saya sudah, anda bila lagi?

0 comments Monday, September 27, 2010
Salam hormat,

Saya rasa anda sudah boleh jangka apa yang bakal saya katakan dalam post kali ini. Ya! Anda bijak. Post kali ini berkenaan mudah.my lagi. Saya tidak mahu bercerita panjang lagi. Sudah banyak yang saya kongsikan kepada anda dalam post yang lepas.
                      
Baiklah, jika anda belum tahu saya akan beritahu anda berita yang kurang enak ini. Raja Kamil admin kepada Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my baru sahaja menghubungi menyatakan harga promosi Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my RM70 berakhir jam 11.59 malam ini.

Jika anda betul-betul terdesak hendak dapatkan duit pantas melalui mudah.my, beli sekarang! Ya, anda sudah tidak ada masa lagi. Atau anda hendak beli selepas jam 11.59 malam ini? Boleh saja… Tapi yang pastinya harga sudah kembali kepada asal RM150.

Buat pilihan yang bijak. Beli sekarang RM70 atau beli kemudian RM150. Duit anda, hak anda. Pilihan juga ada ditangan anda. Jadilah pengguna bijak!

Untuk pengetahuan anda, saya juga merupakan pembeli produk Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my ini. Anda boleh lihat testimonial saya dalam web . Apa yang boleh saya katakan, saya amat berpuas hati dengan Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my ini. Saya sarankan anda mendapatkan panduan ini.


OPS… Tunggu Dulu!!!

Jika anda membeli dari link saya, saya akan pastikan anda mendapat Alamat Lengkap, LUBUK BARANG-BARANG Murah, yang menjadi rahsia ketat para peniaga di pasar malam. Anda boleh minta kepada saya kemudian. Rahsia ini Raja Kamil yang beritahu kepada saya.

Jangan tunggu lama-lama, kurang dari 5 jam saja lagi tawaran ini. Jika terlambat, anda yang akan rugi!

Dapatkan Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my sekarang juga.

Jumpa lagi. Salam Kejayaan...



Read On

Mengapa tercari-cari? Sedangkan ianya berada dalam rumah anda sendiri!

0 comments Saturday, September 25, 2010
Salam hormat,

Saya masih setia di sini bersama anda untuk terus berkongsi sesuatu yang bermanfaat walaupun badan saya lemah akibat demam. Saya tidak mahu apa-apa balasan dari anda. Cukuplah secebis doa dari anda semua agar saya sembuh dari demam saya ini. Terima kasih kerana sudi membaca untuk anda!



Adakah anda masih tercari-cari, di manakah peluang untuk mengumpul duit? Mungkin ada diantara anda pembaca blog ini yang  hujung tahun ni dah nak bertunang, tapi duit tak cukup-cukup lagi? Hantaran RM10,000, mana nak cekau? Duit belanja kahwin dan kenduri lagi. Huh, peningkan?!

Lepas tu, kereta pula kena hantar servis pula hujung-hujung bulan ni. Servis kereta bukannya murah. RM200-RM300 pula tu. Yang dah berkahwin lain pula ceritanya. Anak nak pergi campinglah, duit nak beli barang rumah lagi, duit untuk bil lagi. Tapi.........gaji kecil je pun. Hurm… Jangan mengeluh, teruskan pembacaan anda.

Macam-macam masalah yang timbul bila kita tidak ada duit kan anda?

Jangan risau, post ini bakal membantu anda. Sebelum itu, saya nak beritahu bahawa ini bukanlah skim cepat kaya, atau MLM, atau Adsense dan yang sewaktu dengan mereka. Saya tak kata itu semua tidak boleh memberikan duit kepada anda. Tapi ia mungkin memakan masa yang lama.


Dan apa yang bakal saya beritahu anda ini adalah panduan untuk orang terdesak sahaja. Jika anda tidak terdesak, saya minta maaf banyak-banyak kepada anda. Anda juga boleh tutup tab blog saya ini kerana post ini bukan untuk anda. Jika anda terdesak, teruskan membaca ok..;)

Mengapa saya katakan demikian?

Memperkenalkan, Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my. Jika anda benar-benar terdesak, tentulah anda sanggup buat apa sahaja, hatta, menjual hanphone kesayangan anda. Betulkan apa yang saya tulis tu. Orang dah terdesak, apa pun dia akan buat. Betul?

Ya, dengan Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my, anda akan diajar 5 cara untuk buat duit pantas atau lebih dikenali juga DUIT TERDESAK. Sifu pemasaran internet saya, Raja Kamil (www.rajakamil.biz), telah berjaya dapatkan RM13, 000 dengan teknik ini. Apa yang bestnya, ialah, ianya dalam tempoh 2 hari sahaja. Tak logik? Jom tengok dulu!


Tak mengapa, anda lawati dulu laman web Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my ini, dan anda nilaikan sendiri.

Pesan saya, dengarlah kata hati anda. Berikan peluang buat diri anda mencuba sesuatu yang berbeza kali ini. Akhir kata, salam kejayaan. Dan duit untuk orang terdesak ini sudah ada di depan mata anda! Jadi, apa anda tunggu lagi? Jangan tunggu sampai duit anda habis baru teringat nak dapatkan panduan ini.

Ingat ya, harga runtuh RM70 ini sah sehingga 27 Sept saja! Kemudian ia akan dinaikkan kepada harga asal RM150. Saya tidak tahu bila harganya akan turun semula. Beli sekarang sebelum harga dinaikkan! Ok, kita jumpa lagi dalam post yang akan datang ya.


Read On

Surat Khabar Lama, Old News Paper, Pia Per Lia Me...

0 comments
Salam hormat,


Apa khabar anda semua hari ini. Saya masih lagi ingin berkongsikan cara buat duit mudah dalam masa 24jam. Saya sendiri yang melakukannya. Dan yang paling penting itu adalah pengalaman saya sendiri menjual di web mudah.my. Saya cuma boleh beritahu anda cara, tetapi anda yang perlu melakukannya sendiri.

Nak baca pengalaman saya? Saya ada berikan testimomial di Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my

Biasa dengar tak anda dengar van bising-bising seperti dalam tajuk di atas? Ya, sama macam tajuk tu kat kediaman anda? Pasti ada bukan. Ya, saya memang biasa dengar. Masa kecil-kecil dulu, selalu juga saya jual surat khabar lama. Dapatlah saya beli Tamiya (alah kereta mainan yang guna bateri tu). Selain van surat khabar lama, ada juga van yang beli barang-barang terpakai. (tak kisah van/lori/motor tiga roda ye)


Jika anda nak tahu, salah satu sumber pendapatan saya adalah dengan menjual barang-barang terpakai. Sebenarnya ia lagi menguntungkan dari anda biar barang tersebut terbiar dan menyemakkan kawasan rumah anda. Van tadi tu macam-macam yang dia beli. Dari basikal buruk, hingga ke kereta buruk.

Tapi itu dululah, sebelum saya dengar Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my oleh saudara Raja Kamil (www.rajakamil.biz).

Sekarang ni, semua barang terpakai (baca: tak pakai), saya jual dekat mudah.my. Sebenarnya ia lagi menguntungkan. Bayangkan, sebuah motor yang hanya dibayar RM50 sahaja jika dijual di kedai besi buruk, saudara Raja Kamil dapat jualnya pada RM13,000 (baca: banyaknya) bila menjual di mudah.my.
Ya, RM13,000. Banyak atau tak? Berapa lama ke nak dapat RM13,000 tu?

Mungkin tak besar jika itulah pendapatan yang anda boleh capai dalam sebulan, tetapi bagaimana pula jika RM13,000 itu diperolehi dalam 2 hari sahaja? Ya. Terima kasih kepada Raja Kamil, kerana sudi menerbitkan panduan ini.

Kalau anda hendak mempelajari bagaimana beliau menghasilkan jualan tersebut, layari Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my hari ini juga.

PS : Dalam sehari, beliau hanya terima 3 pembelian sahaja !!!

PSS : Harga RM70 je sekarang ni. Tapi sampai 27 Sept ni je tau. Jika anda sudah dapat gaji baik beli sekarang sebelum Raja Kamil menaikkan harganya semula. 

PSSS :  Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my dalam bentuk audio ye. Bukan ebook, anda perlu dengar, fahamkan dan buat. Then, dapat la duit dari hasil usaha anda tu. Kalau tak faham, boleh ulang dengar banyak-banyak kali.

PSSSS : Jangan lupa beli Panduan Buat Duit Dengan Mudah.my untuk kesenangan anda!

Cukuplah pesanan saya tu. Banyak pulak rasanya. Hehe, tangan ni gatal nak menaip agaknya. Itu yang banyak tu. Selagi saya mampu, saya akan membantu anda. Sebab apa? Sebab ia sangat mudah untuk dilakukan. Jumpa lagi...


Read On

Ada Barang Tak Pakai? Jangan Simpan, Jual di Mudah.my!

0 comments Thursday, September 23, 2010
Salam hormat,

Dah lama saya tak update blog ini. Tujuan saya update ni kerana saya ingin berikan khabar germbira kepada anda. Saya sempat beremel dengan Raja Kamil (otai IM) beberapa hari lepas, katanya dia menurunkan harga produk Panduan Mudah.My miliknya. Tapi......................


Anda ada kasut, handphone, komputer atau barang-barang terpakai lain? Barang-barang ni, kalau dibiarkan akan buat semak je kat stor belakang rumah anda tu. Dah la sekarang ni wabak denggi makin meningkat. Jangan kerana barang-barang yang tidak anda gunakan itu, anda mendapat penyakit.

Kalau nak buang, sayang. Dah lah nak dapat dulu bukan main susah, tapi, kalau tak buang,..ahh, serba salah pulak rasa hati ini kan? Haa, itulah dilema saya beberapa bulan yang lepas. Sehinggalah saya terjumpa satu cara bagaimana menukarkan barangan terpakai tadi kepada wang tunai.

Nak tahu caranya?

Ok, mudah sahaja. Anda lawati www.mudah.my, dan iklankan barangan terpakai tersebut. Senang sangat, tak perlu daftar atau bayar apa-apa pun. Baiklah, sebenarnya, tip di atas merupakan sedutan daripada produk Raja Kamil (www.rajakamil.biz)

Beriklan di mudah.my memang mudah. Tapi ada yang mengadu kepada saya, dah lama siarkan iklan tapi tiada respon pun. Haa, parah tu. Kalau tiada respon, kemungkinan besar iklan kita tu tiada orang tengokla jawabnya. Jadi sebab itulah saya terbitkan post ini khas untuk anda. 

Harapan saya supaya anda boleh menjana wang dengan pantas menggunakan mudah.my sebagai mediumnya dengan menjual barangan yang anda dah tidak gunakan. Jom lihat bawah ni.

Produk yang boleh didapati di Panduan Mudah.My, sebenarnya mempunyai :
-5 cara untuk buat duit di mudah.my
-2 cara untuk jadikan iklan anda menarik
-8 cara untuk tukarkan pelawat iklan anda kepada pembeli serta merta
-serta beberapa tips dan trik lagi.

Betul, semua tip itu anda boleh dapati di Panduan Mudah.My Sekarang ini, dapatlah anda jadikan rumah anda kemas sikit di samping mendapat pendapatan sampingan. Jual surat khabar lama pun belum tentu boleh dapat RM342 dalam seminggu.

Jangan lupa layari Panduan Mudah.My hari ini juga.

PS : Dengar cerita, produk ini akan dinaikkan harga dalam masa terdekat.
PSS: Tawaran harga RM70 hanya sehingga 27 sept ni saja ok.


Read On

Buat Duit Pada Bulan Puasa Adalah Mustahil?

0 comments Friday, July 16, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pertama sekali saya ingin minta maaf jika anda tidak suka post ini. Tujuan saya menulis nota ini adalah untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada para pembaca blog ini.

Namun begitu, saya ingin meminta maaf jika anda rasakan ia mengganggu. Bukan apa, sebelum ini saya ada nyatakan yang saya agak sibuk dengan beberapa projek. Ini adalah salah satu projek yang saya ingin kongsikan bersama anda.

Baik, mari kita ke sambung kembali...





Sepertimana yang kita semua sedia tahu, tinggal beberapa minggu sahaja lagi kita akan menyambut bulan puasa.

Ya, ia adalah bulan yang mulia untuk umat Islam di seluruh dunia. Dalam pada masa yang sama, ada yang runsing kerana mereka juga perlu bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

 
Mengapa runsing?

Perbelanjaan akan bertambah dan sejumlah wang perlu dikeluarkan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dan pada waktu itu... Tidak semua yang menyambut hari raya dalam keadaan yang tersenyum. (Malah majoritinya mungkin 'senyum paksa')


Jadi, kenapa tidak lakukan sesuatu?

Kita perlu sentiasa beringat bahawa menyesal kemudian tidak berguna lagi. Jadi, untuk mengelakkan situasi yang sama bakal melanda pada anda dan seluruh keluarga pada tahun ini, mengapa tidak bertindak  melakukan sesuatu pada bulan puasa yang bakal menjelang?

Mungkin persoalan yang bermain di fikiran anda sekarang ialah,

"Apa yang harus aku lakukan???"

Berniaga adalah jalan yang terbaik

Menjalankan perniagaan pada bulan puasa adalah jalan yang terbaik bagi kita menambah sedikit pendapatan sampingan disamping menyediakan kos perbelanjaan pada hari raya kelak tanpa perlu pening kepala memikirkan pasal duit.

Bagaimanapun, idea untuk berniaga hanya sekadar 'idea' jika tidak disertakan dengan tindakan.

Dan soalan yang saya terima ialah, "Bolehkah saya berniaga pada bulan puasa? Terlampau banyak persaingan nanti!"

 
Izin saya beritahu anda satu perkara
 
Persaingan anda di mana-mana. Tidak kira dalam perniagaan mahupun kehidupan

Apa yang penting di sini ialah persiapan anda untuk menghadapi persaingan tersebut. Sama juga dalam kes berniaga pada bulan puasa, anda memerlukan perancangan yang rapi serta perlaksanaan yang teliti bagi menjayakannya.

Katakanlah anda mahu menjual otak-otak pada bulan puasa kali ini....

Pastikan segalanya sudah berada dalam perancangan seperti:
 
  • Stok
  • Lokasi
  • Bahan-bahan masakan
  • Material perniagaan seperti payung, meja dan sebagainya
  • Dan banyak lagi...

Ingat, mulakan tindakan hari ini jika anda mahu mengubah kehidupan anda pada hari raya tahun ini. Jangan takut untuk bertindak, anggaplah ia sebagai...
 
"EKSPERIMEN KEHIDUPAN"

Salam kejayaan buat anda semua! :)

--- 
Projek Bulan Puasa:
Kami sedang berusaha untuk melaksanakan projek raya yang diberi nama "IncomeRaya" dimana projek ini diwujudkan untuk membantu anda yang betul-betul serius untuk menjana pendapatan pada bulan puasa tidak lama lagi.

Penyertaan adalah percuma. Sila layari laman web di bawah dan pihak kami akan memberikan modul pertama untuk anda berniaga pada bulan puasa. Semoga ia bermanfaat untuk anda.
http://www.incomeraya.dreamdiamond.net

---
Norazwan Jalil
http://www.juanjutawan.com
Read On

Rahsia Pakar Affiliate Kerajaan Yang Terbongkar

0 comments Tuesday, February 16, 2010
Salam sejahtera.

Hari ini, saya tak sabar-sabar nak beritahu nak berkongsi dengan anda semua. Haha. Mesti kalian agak pelik bukan, mengapa Juan jadi begini. Ianya berkenaan satu berita terbaru dari dunia internet Malaysia dari salah seorang SIFU Juan di internet ni.

Begini ceritanya.

JaMaL sifu Juan ni, yang juga dipanggil sebagai Affiliate Kerajaan, telah pun melancarkan produk ebooknya yang terbaru dan tersangatlah istimewa, iaitu..

“Rahsia Affiliate Kerajaan”

Sungguh istimewa dan unik tajuk ebooknya ni bukan? Pasal apa ye ebook tu? Yang sebernarnya ianya adalah pasal teknik-teknik yang digunakan oleh JaMaL dalam pemasaran affiliate sepanjang 2009. 4 teknik pemasaran internet terhebat dari JaMaL.


Jika anda masih tidak kenal dengan sifu Juan ni, biarlah Juan ceritakan serba sedikit yer.. Beliau adalah seorang newbie yang berjaya dengan sangat pantas dalam pemasaran internet terutamanya dalam pemasaran ebook dan juga affiliate sepanjang 2009. Beliau telah jana 6 angka income sampingan di internet sepanjang 2009! Satu pencapaian mengkagumkan bagi seorang yang masih baru (newbie). Untuk makluman, JaMaL berjaya jana income sebanyak itu dengan hanya part time, di mana di siang hari beliau bergelar sebagai seorang jurutera.

Lihat…

Seorang yang baru mampu untuk berjaya sepantas itu dengan masa yang terhad, dengan sibuk dengan kerjaya, urusan keluarga lagi. Tiada yang mustahil! kerana anda juga boleh jana income di internet seperti sifu Juan nie. Untuk berjaya, kita perlu tiru orang yang berjaya.

Nak tahu lebih lanjut berkenaan Rahsia Affiliate Kerajaan ini?

Klik banner di bawah:


Sekian saja, di lain masa Juan akan sampaikan apa-apa
Info berkenaan Rahsia Affiliate Kerajaan ini.

Sekian.

Norazwan aka Juan

Sahabat internet anda.
Read On

20 Tips Memikat Hati Lelaki

0 comments Sunday, February 7, 2010
Salam sejahtera.

Kali ni Juan nak kongsi dengan anda semua tentang 20 tips untuk memikat hati lelaki. Para wanita dan gadis2 boleh la menggunakan tips2 ini untuk memikat jejaka idaman anda ye. Yang dah kawen dan sudah berpunya pula, boleh la gunakan tips2 ini untuk mengikat talian kasih yang sudah terjalin itu. Huhu.

Juan ni cite macam orang yang sangat berpengalaman pulak dalam hal2 ni. Haha. Tapi ni la yang kebanyakan lelaki mahu dari wanita idaman mereka. Termasuk la Juan ni kot. Hihi. Jadi boleh la gunakan tip2 ini untuk kebaikan hubungan anda.


1. Sentiasa senyum dan tidak bersikap sombong.
2. Jujur dan bersikap rendah diri.
3. Lelaki suka wanita yang mampu menjadi pendengar setia.
4. Sanggup bersama ketika susah dan senang.
5. Sederhana dan tidak bersikap boros dalam berbelanja.
6. Tidak terlalu bersikap meminta-minta.
7. Lelaki suka wanita yang boleh dibawa berbincang.
8. Jangan terlalu suka merengek seperti budak2.
9. Bersikap tegas dan menunjukkan kamu tidak boleh dipermainkan.
10. Bersikap mengambil berat terhadap pasangan.
11. Lelaki suka wanita yang pandai menjaga kecantikan diri.
12. Walaupun lelaki nampak kasar, tetapi meraka sukakan belaian seorang wanita.
13. Wanita yang bersikap keibuan lebih diminati lelaki.
14. Lelaki tidak suka wanita yang bermekap tebal.
15. Berterus terang adalah perkara yang terbaik.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Jangan terlalu mengongkong pasangan anda.
18. Pandai memasak adalah ciri2 lelaki mudah terpikat dengan anda.
19. Berpenampilan menarik ketika bersama.
20. Owh ya, lelaki juga suka dimanja dengan belaian dan kata-kata yang romantik.


Sekian saja dari Juan untuk kali ini. Semoga perkongsian ini dapat menbantu anda.

Norazwan aka Juan

Sahabat internet anda.
Read On

Gadisku - Search

0 comments Wednesday, February 3, 2010
Salam sejahtera.

Tiba2 je harini teringat pada kekasih tercinta. Jadi, lagu ini khas Juan tujukan kepada insan tersayang yang mahu dikenali sebagai Dya saja di sini.

Tadi, Juan ada membaca sepotong doa yang ikhlas dari hati yang tulus Juan ni untuk Dya. Tiba2 air matanya mengalir mungkin kerana terlalu gembira atau doa Juan tadi mungkin menyentuh hati kecilnya. Apapun, biarlah Allah, Dya dan Juan je yang tahu apa doa tu yer.

Ok lah. Ni dia lirik yang Juan tujukan khas untuk kekasih Juan. Kepada anda semua
boleh la cuba memainkan lagu ni untuk memahirkan lagi permainan gitar lagu melayu anda. Owh, jika anda ingin mengetahui rahsia vokal vokalis kumpulan Umbrella iaitu bro Zarul boleh dapatkan di bawah ini.



Gadisku - Search



INTRO : C Em F G 2x
C G

C Em F Fm C
Gadisku seri mewangi bagai disiram selautan kasturi

F Em Dm C G

C Em F Fm C
Gadis ku,terindah padamu kerna tak pernah meminta selain cinta
G F C
dialah gadisku selalu

Am Em
tak peduli kata orang terhadap dirinya
F G
aku tahu dia gadisku
Am Em
tak peduli nista yang terlempar padaku
F G
dia tahu dia gadisku

chorus:

C Em F G
cinta kan bermakna jika sama saling memahami
C Em F G#
cintaku bercahaya jika disulami cinta suci

Am G
Gitar fill

C Em F Fm C
Gadis ku, terindah padamu kerna tak pernah meminta selain cinta

G F C
dialah gadisku selama lamanya

Gitar solo Am E F G
C Em F G C G F C

Am Em
Dikaulah hidup ini rangkap tak bermaya
F G
Dia datang membawa harapan
Am Em
Di kala hari-hariku menjadi gelita
F G
Dia datang membawa cahaya

C Em F G
cinta kan bermakna jika sama saling memahami
C Em F G#
cintaku bercahaya jika disulami cinta suci.....
C
gadis ku.....yeahh!

C Em F G

Macam mana? Dah cuba mainkan lagu di atas? Apa komen anda? Juan sentiasa menanti apa2 komen dari anda. Jangan lah segan2 kalau ada yang nak minta lirik dan kord gitar yang lain. Juan akan cuba tunaikan permintaan anda.

Sekian,

Norazwan aka Juan

Sahabat internet & muzik anda.
Read On

Seminar Pakar Affiliate, Quality Hotel, Kuala Lumpur.

0 comments Sunday, January 24, 2010
Salam sejahtera.

Sebelum apa2 Juan ingin meminta maaf kepada semua sebab dah seminggu tak update blog ni. Agak sibuk juga minggu pertama selepas mendaftar untuk semester baru ni. Tugas sebagai ketua/wakil kelas pun bermula selepas cuti sem selama 1bulan. Bukan tu aje. Tugasan dari pensyarah pun dah belambak nak disiapkan. Tapi kerana Juan dah jatuh hati untuk berblog ni, Juan luangkan juga masa untuk menulis dan terus berkongsi dengan anda semua.

Baiklah, berbalik kepada tajuk yang dinyatakan di atas. Juan baru balik dari menghadiri seminar Pakar Affiliate di Quality Hotel, Kuala Lumpur. Ape yang Juan dapat rungkaikan di sini, ia merupakan perkongsian yang baik dari 2 orang usahawan internet yang tidak asing lagi iaitu Patric Chan dan Zamri Nanyan. Banyak ilmu yang mereka berdua kongsikan untuk para peserta. Banyak ilmu baru yang Juan dapat dari mereka ni. Memang tak sia-sia pergi.

Bukan setakat tu aje. Juan juga dapat berjumpa dengan dan berkenalan dengan lebih dekat para usahawan internet yang mana sebelum ini kenal nama dan tengok gambar je.
Antaranya Jamal, Mazli Nazri, Zarul Umbrella dan ramai lagi la. Kalau nak tulis, banyak sangat. Hehe. Banyak perkongsian mereka ni. Hihi, tak kedekut ilmu pulak tu. Ramah2 semuanya walaupun sudah terkenal dan mempunyai nama di arena online bisnes ni.

Owh, sebelum terlupa ni. Terima kasih kepada bro Jamal yang sudi belanje makan sebelum balik. Hihi. Makin murah rezeki bro pasni. InsyaAllah. Senang cite, terima kasih kepada semua la. Sebab banyak ilmu yang kalian kongsikan. Walaupun sikit, bila dah himpun semua tepu jugak kepala Juan ni. Haha. Macam2 cerita ada. Yang baik, tak berapa baik, nasihat, kata2 semangat dan macam2 lagi la yang Juan dapat masa seminar Pakar Affiliate ni. Thanks to all.

Patric Chan banyak kongsikan pengalaman dan tips beliau untuk menjana pendapatan dengan internet. Bukan tips aje, "trick" pun ada dikongsikan kepada peserta masa seminar. Huhu. Owh ya, jika anda belum dapatkan lagi produk dari Patric Chan dan Zamri Nanyan ini, anda boleh dapatkan di bawah ini. :)



Ok la. Jam laptop Juan da menunjukkan 4.05am. So, mata ni pun dah tak boleh nak tahan. Juan nak masuk tidur dulu. Lagipun pukul 9am nanti ada meeting pula. :)

Sekian,

Norazwan aka Juan

Sahabat internet anda.
Read On

A.Romzi - Dendang Remaja

0 comments Sunday, January 17, 2010
Salam sejahtera kepada semua.

Post kali ini Juan buat kerana inilah minat Juan sejak dari dulu lagi. Mungkin kerana darah seni dari mama Juan, Pn. Jainurah Harun telah sebati dalam diri ini. Juan tahu pasti ramai dikalangan pembaca blog ini yang meminati bidang muzik. Juan juga pasti anda boleh bermain alat muzik seperti gitar. Paling tidak, mempunyai suara yang "umpmhh" untuk berkaraoke. Mungkin kita boleh ber"jamming" sama2 selepas ini. Hehe.

Ok, rasanya pasti ramai yang bertanya mengapa Juan muatkan lirik dan kord gitar yang bertajuk Dendang Remaja dari A.Romzi. Haha, ini adalah permintaan dari orang teristimewa di sisi Juan. Jadi untuk yang julung2 kalinya ini Juan akan tunaikan permintaannya. Selepas ini, Juan akan kongsi lagi lirik dan kord lagu yang membolehkan kita teruskan minat muzik kita ini. Ok lah, jom kite jamm..:)



A.Romzi - Dendang Remaja
verse:

Am
Indah alam dalam renungan
G Am
Muda-mudi berpandangan
Am
Bersiaran di taman sana
G Am
Penuh hati dengan irama


chorus:

G Am
Redup senja diselubungi mega
G E
Namun gelap gelita
Dm Am
Hujan gerimis insan menangis
F E
Tanda dosa terlukis


verse:

Am
Bila mana cukup khayalan
G Am
Mungkin menjadi sesalan
Am
Airmata di titiskan
G Am
Namun kesal tak berjauhan


Am
Luasnya alam terbentang
G Am
Remaja turut berdendang
Am
Berkhayalan di pesta sana
G Am
Dalam riang suasana


*chorus


verse:

Am
Bila mana cukup khayalan
G Am
Mungkin menjadi sesalan
Am
Airmata di titiskan
G Am
Namun kesal tak berjauhan (ulang 3kali)

Camne degan lirik dan kord tadi? Korang boleh main tak? Kalau ade prob kumen je kat bawah ni ok. Juan akan cube bantu. Kalau ade ape2 nak request pun bole.



Sekian,

Norazwan aka Juan

Sahabat internet & muzik anda.
Read On

Keajaiban Cinta Abadi

1 comments Monday, January 11, 2010
Salam sejahtera kepada semua.

Entah mengapa hari ini tiba2 ingin menjadi jiwang karat. (Haha,ko memang jiwang pun Juan). Ini mungkin kerana cinta adalah salah satu matlamat dalam hidup Juan. Cinta jugalah yang Juan cari, kejar, rasai, beri, dan nikmati dalam hidup ini. Banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini yang memang berkaitan dengan cinta.



Contohnya, cinta kepada Allah SWT. Cinta kepada ibu bapa dan juga keluarga. Tidak kurang juga cinta kepada kekasih dan sahabat yang berada disekeliling kita. Bila kita mencintai, kasih sayang pula akan wujud dengan sendirinya. Bila masing2 ada rasa cinta dan kasih sayang ini apakah yang akan terjadi??

Cuba anda fikirkan, bila kita saling mencintai dan menyayangi antara satu sama lain betapa amannya dunia ini. Juan pasti, tiada yang akan menderita. Sesungguhnya cinta itu sangat indah. (Manis jer macam madu..:p) Mungkin anda tertanya bagaimana untuk mendapatkan cinta itu?? Bagi Juan mudah je untuk dapatkan cinta itu. Belajarlah untuk mencintai dengan hati yang ikhlas. Anda pasti akan disayangi dengan ikhlas juga. Juan katakan begitu kerana setiap apa yang kita beri, pasti ada balasannya.



Cinta itu indah. Cinta itu suci. Cinta bukan untuk dipermainkan. Kerana cinta itu bukan permainan. Cinta itu amat sukar dimengertikan dan sangat sukar untuk ditafsir. Kerana cinta terlalu simbolik dan sukar dirungkaikan dengan makna. Cinta membenihkan kasih sayang dan juga rindu. Cinta jua mampu membuahkan benci dan dendam yang amat mendalam.

Cinta suci hadir tanpa pengharapan. Pengharapan untuk diberikan balasan. Pengharapan untuk memiliki sepenuhnya. Cinta sejati dapat mewarnai kehidupan di dunia ini. Berprinsipkan memberi tanpa mengharapkan balasan. Berpandukan pengharapan agar cinta itu diredhai Allah SWT dan cinta itu diberkati-Nya. Bukan mengharapkan ketaatan insan semata.



Pencinta sejati menghidupkan dunia cintanya dengan keikhlasan. Membajainya dengan kejujuran. Menyuburkannya dengan keikhlasan dan menguburkannya hanya dengan kematian. Cinta sejati menerima segala ketentuan Allah dengan hati terbuka dan ikhlas. Ia juga mampu mengubah ketidaksetiaan menjadi kesetiaan sejati. Kesabaran dalam mengharungi dugaan cinta merupakan kekuatan bagi pencinta sejati. Pencinta sejati tidak akan tunduk kepada dunia. Sebaliknya ia akan menjadikan dunia tunduk kepadanya.

Namun... setiap insan punyai kelemahan. Adakala pencinta sejati tersungkur di tangan nafsu. Lalu kesejatian cinta mulai pudar cahayanya. Hanya iman sahaja yang akan jadi penyelamat kalbu.. Iman yang tumbuh subur mengharum di sanubari dapat mendidik nafsu sang pencinta sejati. Pencinta sejati juga tidak akan terlepas dari diduga. Namun, tiap ujian yang melanda perlu dianggap sebagai wadah untuk kembali kepada Pencipta cinta.

Cinta itu bukan untuk dimungkiri, bukan untuk didustai. Apalah erti cinta suci andai janji-janji sering dimungkiri. Apalah erti cinta murni andai kata-kata sering didustai. Bercintalah kerana Allah. Pasti DIA akan memelihara cinta itu. Alhamdulillah, segala puji dan syukur ku panjatkan kehadrat-MU atas kurniaan cinta dari hati yang Kau miliki.




Kau hadirkannya di saat aku hilang percaya pada cinta. Kau hadiahkannya padaku di saat aku sudah tidak terfikir akan cinta lagi. Disaat pintu hatiku telah ku kunci rapi dan kunci itu telah ku lontarkan ke langit untuk dijaga sebaiknya olehMu Pencipta hatiku. KeagunganMU mengatasi kehendak hatiku.

Kau hadiahkan kunci hatiku pada insan yang sanggup berkorban untuk mencariMU. Insan yang sanggup berubah demiMU. Wahai Tuhanku, daku mohon dengan tersangat-sangat mohon. Tolong pelihara cinta ini agar ia terus berjalan di bawah naungan rahmatMU. Lindungilah kami dari iblis dan syaitan. Lindungilah kami dari hasutan nafsu yang boleh merosakkan kesucian cinta. Moga cinta ini menjadi wadah untuk kami mendapatkan keredhaanMu.





Sekian saja coretan cinta daripada Juan. Terima kasih,kerana sudi membacanya dengan tekun. Jangan lupa tinggalkan komen ye. Juan tunggu nie. Huhu.

Norazwan aka Juan

Sahabat internet anda.
Read On

Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24)

0 comments

Salam sejahtera.

Sepertimana yang diketahui umum, semalam 10/1/2010 merupakan tarikh keramat bagi penggiat muzik tanah air yang telah tercalon dalam Anugerah Juara Lagu yang ke-24. Majlis gilang-gemilang ini diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Debaran dan tanda tanya siapakah juara AJL24 ini sudah pun terjawab. Dan keputusannya telah pun diketahui. Tahniah kepada semua pemenang. Pada yang tidak menang, teruskanlah memperjuangkan muzik anda.



Berikut senarai pemenang AJL24:
1. Juara Lagu Pergi (Aizat)
2. Naib Juara Lagu Dan Sebenarnya (Yuna)
3. Tempat Ketiga Bencinta (Faizal Tahir)
4. Persembahan Terbaik Kau Aku (Aizat)
5. Vokal Terbaik Black

Kali ini Aizat bangkit selepas kekalahannya pada AJL23. Aizat telah membuktikan kewibawaannya sebagai pendatang baru dengan berjaya memenangi dua hadiah. Iaitu, Juara lagu dan Persembahan terbaik pada malam semalam. Tahniah dan syabas kepada beliau sekali lagi dari saya.



Ucapan tahniah juga harus diberikan kepada Yuna yang memenangi tempat ke-2. Dengan persembahan yang bersahaja Yuna mampu memukau para juri. Tidak lupa juga kepada Hujan dan Bunkface yang telah memberikan persaingan yang hebat kepada finalis2 yang lain. Cuma nasib tidak menyebelahi kedua-dua kumpulan indieband negara ini. Karya kalian memang best. Kalau tak best, camne boleh jadi finaliskan? Teruskan perjuangan muzik indie kalian ye. Huhu.



Pujian juga harus diberikan kepada pemenang tempat ke-3 iaitu Faizal Tahir yang tetap dengan pendiriannya untuk terus membuat persembahan pada malam anugerah. Faizal yang masih lagi belum pulih dari penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) dan sebelum ini, jangkitan kuman pada paru-paru, dinasihatkan doktor untuk berehat. Tetapi, dengan semangat juang yang tinggi beliau naik ke pentas dan membuat persembahan yang hebat dan mantap walaupun bertongkat. Juan tabik spring kepada penyanyi ini. Huhu.



Black adalah anak didik Mas Idayu dalam rancangan realiti tv yang baru graduate dari rancangan realiti tv Mentor terus menunjukkan taringnya. Black yang mempunyai suara yang bernada tinggi memenangi anugerah vokal terbaik di AJL24 ini. Tidak sia2 ilmu yang Kak Mas berikan padanya. Siap kene rotan lagi si Black dengan Kak Mas masa menjadi peserta dalam rancangan Mentor. Hihi.


Kepada pengacara majlis iaitu Cheryl Samad dan Faizal Ismail yang sekali lagi digandingkan dengan Ally Iskandar. Kehadiran mereka ini, memeriahkan lagi AJL24. Lawak jenaka dari usik-mengusik Faizal Ismail dan Ally menjadi. Juan yang menonton bersama keluarga di rumah turut terhibur dengan jenaka mereka. Haha.


Persembahan selingan sebelum keputusan diumumkan sangat best! Dimulakan dengan rentak 60an oleh Jeffrydin. Tapi sayang, ade sedikit gangguan teknikal. Kerana tiba2 tiada siaran. Nasib baik ia cepat diperbetulkan. Huhu. Diturus dengan lagu 80an oleh JayJay itu pun best juga. Seterusnya tibalah kumpulan rock lagenda tanah air iaitu kumpulan Search. Persembahan otai2 yang sangat superb. Tak tahu la cmne nak tulis kat sini. Haha. Dan ditutup dengan persembahan dari Meet Uncle Hussein. Yang menampilkan vokal yang tinggi. Memang wow!!!


Tahniah kepada TV3 dan crew2 yang terlibat samaada secara langsung atau pun tidak. AJL24 adalah rancangan yang tidak rugi untuk ditonton. Hihi. Siapa2 yang terlepas untuk menyaksikan secara live. Anda boleh saksikan secara online di laman web rasmi TV3 secara percuma. Huhu.

ps:kalau ade sape2 nak menang macam black, yang mempunyai vokal yang power. Boleh la dapatkan RAHSIA VOKAL dari ZARUL (Umbrella) yang popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka.



Sekian, terima kasih kerana sudi melawat blog Juan ini.

Norazwan aka Juan,

Sahabat internet anda.
Read On

Cara Penggurusan Stress

0 comments Sunday, January 10, 2010
Salam dan selamat sejahtera..

Kali ini Juan nak kongsikan kepada anda semua pasal STRESS ni. Senang cite cara atau tips pengurusan stress. Adakah anda semua tahu anda stress sebab menerima terlalu banyak tekanan atau bebanan kerja? Sering merasa penat atau keletihan juga boleh menyebabkan anda stress. Bagaimana kalau anda cuba amalkan beberapa tip mudah untuk mengurangkan stress anda.



KETAWA



Rasanya tiada cara yang paling mudah untuk mengurangkan stress selain dari ketawa. Kerana ketawa merupakan ubat yang mujarab selain daripada doa dan amalan. Ketawa merupakan terapi yang paling baik dan berkesan. Malah, ketawa juga boleh mambuatkan hati kita menjadi lebih tenang. Selain itu, ketawa kita juga dapat menyenangkan hati orang lain yang berada disekeliling kita. Oleh itu, jangan malu atau segan untuk ketawa atau paling kurang senyumlah dengan seikhlas hati anda.

URUTAN SENDI



Kadangkala, bebanan kerja yang banyak memyebabkan kita sakit bahu, belakang dan sengal-sengal sendi. Lakukan sedikit urutan lembut pada titik-titik akupunktur, sekitar mata dan hidung. Tekan atau picitkan perlahan-lahan dan lembut sehingga pening dan sakit anda beransur hilang.

BERJALAN



Selain itu, anda juga boleh berhenti membuat kerja anda tu sementara dan lakukan sedikit senaman ringan. Tubuh badan yang stress pula akan membuatkan kita keletihan dan tidak bermaya. Cuba berjalan sekurang-kurangnya 5-10 minit. Dengan cara ini anda dapat melegakan ketegangan dan keletihan anda ketika bekerja dan ia juga merupakan senaman kecil yang berkesan. Juan pasti ini juga dapat meningkatkan produktiviti anda.

SEKS TERATUR



Haa.. Yang ni Juan dapat daripada pembacaan. Bagi yang sudah berumah tangga, seks teratur juga dapat membantu mengatasi ketegangan atau stress ini. Hubungan intim yang teratur boleh mengembalikan mood anda untuk keesokan harinya.

CIUMAN




Ciuman yang hangat membuatkan tubuh boleh menjadi lebih relaks, tenang dan penuh dengan cinta dan kelembutan. Ia menghasilkan gelombang positif pada otak dan perubahan kimia yang lain. Manfaatnya lebih kurang sama dengan meditasi.

DOA



Ketika anda stress, kelenjar adrenalin tubuh anda akan mengeluarkan bahan kimia yang berfungsi meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah serta serta menurunkan kekebalan tubuh anda. Doa merupakan cara yang lebih berkesan untuk mengurangkan stress dan sekaligus mendekatkan diri dengan Allah. Selain doa, bagi yang beragama Islam boleh la menunaikan solat. Juan pasti anda akan menjadi lebih rilex.

Setakat ini ajelah perkongsian Juan pada kali ini. Semoga anda dapat menggunakan perkongsian ini dengan baik. Diharapkan, anda semua dah tak stress lagi selepas ni.
Dan jika ianya terjadi, diharapkan anda tahu bagaimana hendak menguruskannya.

Sekian, terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini.

Norazwan aka Juan,

Sahabat internet anda.
Read On

Dah nak habis cuti sem..

0 comments Friday, January 8, 2010
Salam sejahtera semua. Dah lama Juan tak update blog ni. Sampai ade rakan yang tegur. Thanks Kid. Hehe. Hari jumaat adalah penghulu segala hari. Dan di hari yang berbahagia ini saya tergerak hati untuk menulis. Dah lame sangat tinggalkan blog ni sebenarnya. Dan sebelum terlupa, juan nak ucapkan selamat tahun baru 2010. Jika anda nak kongsi azam baru anda, boleh je kumen pada post ni ye..


Ok la, macam melalut je dari tajuk kat atas tu. Huhu. Sebenarnya, saya baru dapat surat dari poli tempat saya belajar. Dalam surat tu menyatakan saya perlu mendaftar 14 Jan 2010. Maknanya, cuti yang sedang dinikmati ini sudah hampir ke penghujung. Huhu. Sangat tidak best. Tapi dalam hati tak sabar nak tunggu masuk belajar semula. Boleh berjumpa dengan kawan2 seperjuangan.





Jadi kepada rakan2 JKE PSA jumpa pada hari pendaftaran nanti ye. Rindu pada korang semua. Haha. Kat bawah ni, juan akan selitkan sedikit butir2 tentang pendaftaran.

Tarikh : 14 Jan 2010
Masa : 8.30am
Tempak : Foyer JKE

***Jangan lupa bawa keperluan yang diperlukan ye. :)


Rasanya setakat ni je untuk post kali ini. Tibe2 kepala ini rasa pening pulak. Mungkin sebab asik depan laptop nie je. Hehe. Jumpa di lain post ye..

Norazwan aka Juan,

Sahabat internet anda.
Read On

Mengenai Penulis

Penulis merupakan seorang pelajar yang masih menuntut. Berminat dalam bidang kejuruteraan, perniagaan internet dan juga hubungan. Penulis juga ingin menyebarkan/berkongsi ilmu yang ada, supaya ia tidak menjadi sia-sia. Selamat membaca dan salam perkenalan.

Ikhlas,

Norazwan aka Juan