Seminar Pakar Affiliate, Quality Hotel, Kuala Lumpur.

0 comments Sunday, January 24, 2010
Salam sejahtera.

Sebelum apa2 Juan ingin meminta maaf kepada semua sebab dah seminggu tak update blog ni. Agak sibuk juga minggu pertama selepas mendaftar untuk semester baru ni. Tugas sebagai ketua/wakil kelas pun bermula selepas cuti sem selama 1bulan. Bukan tu aje. Tugasan dari pensyarah pun dah belambak nak disiapkan. Tapi kerana Juan dah jatuh hati untuk berblog ni, Juan luangkan juga masa untuk menulis dan terus berkongsi dengan anda semua.

Baiklah, berbalik kepada tajuk yang dinyatakan di atas. Juan baru balik dari menghadiri seminar Pakar Affiliate di Quality Hotel, Kuala Lumpur. Ape yang Juan dapat rungkaikan di sini, ia merupakan perkongsian yang baik dari 2 orang usahawan internet yang tidak asing lagi iaitu Patric Chan dan Zamri Nanyan. Banyak ilmu yang mereka berdua kongsikan untuk para peserta. Banyak ilmu baru yang Juan dapat dari mereka ni. Memang tak sia-sia pergi.

Bukan setakat tu aje. Juan juga dapat berjumpa dengan dan berkenalan dengan lebih dekat para usahawan internet yang mana sebelum ini kenal nama dan tengok gambar je.
Antaranya Jamal, Mazli Nazri, Zarul Umbrella dan ramai lagi la. Kalau nak tulis, banyak sangat. Hehe. Banyak perkongsian mereka ni. Hihi, tak kedekut ilmu pulak tu. Ramah2 semuanya walaupun sudah terkenal dan mempunyai nama di arena online bisnes ni.

Owh, sebelum terlupa ni. Terima kasih kepada bro Jamal yang sudi belanje makan sebelum balik. Hihi. Makin murah rezeki bro pasni. InsyaAllah. Senang cite, terima kasih kepada semua la. Sebab banyak ilmu yang kalian kongsikan. Walaupun sikit, bila dah himpun semua tepu jugak kepala Juan ni. Haha. Macam2 cerita ada. Yang baik, tak berapa baik, nasihat, kata2 semangat dan macam2 lagi la yang Juan dapat masa seminar Pakar Affiliate ni. Thanks to all.

Patric Chan banyak kongsikan pengalaman dan tips beliau untuk menjana pendapatan dengan internet. Bukan tips aje, "trick" pun ada dikongsikan kepada peserta masa seminar. Huhu. Owh ya, jika anda belum dapatkan lagi produk dari Patric Chan dan Zamri Nanyan ini, anda boleh dapatkan di bawah ini. :)



Ok la. Jam laptop Juan da menunjukkan 4.05am. So, mata ni pun dah tak boleh nak tahan. Juan nak masuk tidur dulu. Lagipun pukul 9am nanti ada meeting pula. :)

Sekian,

Norazwan aka Juan

Sahabat internet anda.
Read On

A.Romzi - Dendang Remaja

0 comments Sunday, January 17, 2010
Salam sejahtera kepada semua.

Post kali ini Juan buat kerana inilah minat Juan sejak dari dulu lagi. Mungkin kerana darah seni dari mama Juan, Pn. Jainurah Harun telah sebati dalam diri ini. Juan tahu pasti ramai dikalangan pembaca blog ini yang meminati bidang muzik. Juan juga pasti anda boleh bermain alat muzik seperti gitar. Paling tidak, mempunyai suara yang "umpmhh" untuk berkaraoke. Mungkin kita boleh ber"jamming" sama2 selepas ini. Hehe.

Ok, rasanya pasti ramai yang bertanya mengapa Juan muatkan lirik dan kord gitar yang bertajuk Dendang Remaja dari A.Romzi. Haha, ini adalah permintaan dari orang teristimewa di sisi Juan. Jadi untuk yang julung2 kalinya ini Juan akan tunaikan permintaannya. Selepas ini, Juan akan kongsi lagi lirik dan kord lagu yang membolehkan kita teruskan minat muzik kita ini. Ok lah, jom kite jamm..:)



A.Romzi - Dendang Remaja
verse:

Am
Indah alam dalam renungan
G Am
Muda-mudi berpandangan
Am
Bersiaran di taman sana
G Am
Penuh hati dengan irama


chorus:

G Am
Redup senja diselubungi mega
G E
Namun gelap gelita
Dm Am
Hujan gerimis insan menangis
F E
Tanda dosa terlukis


verse:

Am
Bila mana cukup khayalan
G Am
Mungkin menjadi sesalan
Am
Airmata di titiskan
G Am
Namun kesal tak berjauhan


Am
Luasnya alam terbentang
G Am
Remaja turut berdendang
Am
Berkhayalan di pesta sana
G Am
Dalam riang suasana


*chorus


verse:

Am
Bila mana cukup khayalan
G Am
Mungkin menjadi sesalan
Am
Airmata di titiskan
G Am
Namun kesal tak berjauhan (ulang 3kali)

Camne degan lirik dan kord tadi? Korang boleh main tak? Kalau ade prob kumen je kat bawah ni ok. Juan akan cube bantu. Kalau ade ape2 nak request pun bole.



Sekian,

Norazwan aka Juan

Sahabat internet & muzik anda.
Read On

Keajaiban Cinta Abadi

1 comments Monday, January 11, 2010
Salam sejahtera kepada semua.

Entah mengapa hari ini tiba2 ingin menjadi jiwang karat. (Haha,ko memang jiwang pun Juan). Ini mungkin kerana cinta adalah salah satu matlamat dalam hidup Juan. Cinta jugalah yang Juan cari, kejar, rasai, beri, dan nikmati dalam hidup ini. Banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini yang memang berkaitan dengan cinta.



Contohnya, cinta kepada Allah SWT. Cinta kepada ibu bapa dan juga keluarga. Tidak kurang juga cinta kepada kekasih dan sahabat yang berada disekeliling kita. Bila kita mencintai, kasih sayang pula akan wujud dengan sendirinya. Bila masing2 ada rasa cinta dan kasih sayang ini apakah yang akan terjadi??

Cuba anda fikirkan, bila kita saling mencintai dan menyayangi antara satu sama lain betapa amannya dunia ini. Juan pasti, tiada yang akan menderita. Sesungguhnya cinta itu sangat indah. (Manis jer macam madu..:p) Mungkin anda tertanya bagaimana untuk mendapatkan cinta itu?? Bagi Juan mudah je untuk dapatkan cinta itu. Belajarlah untuk mencintai dengan hati yang ikhlas. Anda pasti akan disayangi dengan ikhlas juga. Juan katakan begitu kerana setiap apa yang kita beri, pasti ada balasannya.



Cinta itu indah. Cinta itu suci. Cinta bukan untuk dipermainkan. Kerana cinta itu bukan permainan. Cinta itu amat sukar dimengertikan dan sangat sukar untuk ditafsir. Kerana cinta terlalu simbolik dan sukar dirungkaikan dengan makna. Cinta membenihkan kasih sayang dan juga rindu. Cinta jua mampu membuahkan benci dan dendam yang amat mendalam.

Cinta suci hadir tanpa pengharapan. Pengharapan untuk diberikan balasan. Pengharapan untuk memiliki sepenuhnya. Cinta sejati dapat mewarnai kehidupan di dunia ini. Berprinsipkan memberi tanpa mengharapkan balasan. Berpandukan pengharapan agar cinta itu diredhai Allah SWT dan cinta itu diberkati-Nya. Bukan mengharapkan ketaatan insan semata.



Pencinta sejati menghidupkan dunia cintanya dengan keikhlasan. Membajainya dengan kejujuran. Menyuburkannya dengan keikhlasan dan menguburkannya hanya dengan kematian. Cinta sejati menerima segala ketentuan Allah dengan hati terbuka dan ikhlas. Ia juga mampu mengubah ketidaksetiaan menjadi kesetiaan sejati. Kesabaran dalam mengharungi dugaan cinta merupakan kekuatan bagi pencinta sejati. Pencinta sejati tidak akan tunduk kepada dunia. Sebaliknya ia akan menjadikan dunia tunduk kepadanya.

Namun... setiap insan punyai kelemahan. Adakala pencinta sejati tersungkur di tangan nafsu. Lalu kesejatian cinta mulai pudar cahayanya. Hanya iman sahaja yang akan jadi penyelamat kalbu.. Iman yang tumbuh subur mengharum di sanubari dapat mendidik nafsu sang pencinta sejati. Pencinta sejati juga tidak akan terlepas dari diduga. Namun, tiap ujian yang melanda perlu dianggap sebagai wadah untuk kembali kepada Pencipta cinta.

Cinta itu bukan untuk dimungkiri, bukan untuk didustai. Apalah erti cinta suci andai janji-janji sering dimungkiri. Apalah erti cinta murni andai kata-kata sering didustai. Bercintalah kerana Allah. Pasti DIA akan memelihara cinta itu. Alhamdulillah, segala puji dan syukur ku panjatkan kehadrat-MU atas kurniaan cinta dari hati yang Kau miliki.




Kau hadirkannya di saat aku hilang percaya pada cinta. Kau hadiahkannya padaku di saat aku sudah tidak terfikir akan cinta lagi. Disaat pintu hatiku telah ku kunci rapi dan kunci itu telah ku lontarkan ke langit untuk dijaga sebaiknya olehMu Pencipta hatiku. KeagunganMU mengatasi kehendak hatiku.

Kau hadiahkan kunci hatiku pada insan yang sanggup berkorban untuk mencariMU. Insan yang sanggup berubah demiMU. Wahai Tuhanku, daku mohon dengan tersangat-sangat mohon. Tolong pelihara cinta ini agar ia terus berjalan di bawah naungan rahmatMU. Lindungilah kami dari iblis dan syaitan. Lindungilah kami dari hasutan nafsu yang boleh merosakkan kesucian cinta. Moga cinta ini menjadi wadah untuk kami mendapatkan keredhaanMu.





Sekian saja coretan cinta daripada Juan. Terima kasih,kerana sudi membacanya dengan tekun. Jangan lupa tinggalkan komen ye. Juan tunggu nie. Huhu.

Norazwan aka Juan

Sahabat internet anda.
Read On

Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24)

0 comments

Salam sejahtera.

Sepertimana yang diketahui umum, semalam 10/1/2010 merupakan tarikh keramat bagi penggiat muzik tanah air yang telah tercalon dalam Anugerah Juara Lagu yang ke-24. Majlis gilang-gemilang ini diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Debaran dan tanda tanya siapakah juara AJL24 ini sudah pun terjawab. Dan keputusannya telah pun diketahui. Tahniah kepada semua pemenang. Pada yang tidak menang, teruskanlah memperjuangkan muzik anda.



Berikut senarai pemenang AJL24:
1. Juara Lagu Pergi (Aizat)
2. Naib Juara Lagu Dan Sebenarnya (Yuna)
3. Tempat Ketiga Bencinta (Faizal Tahir)
4. Persembahan Terbaik Kau Aku (Aizat)
5. Vokal Terbaik Black

Kali ini Aizat bangkit selepas kekalahannya pada AJL23. Aizat telah membuktikan kewibawaannya sebagai pendatang baru dengan berjaya memenangi dua hadiah. Iaitu, Juara lagu dan Persembahan terbaik pada malam semalam. Tahniah dan syabas kepada beliau sekali lagi dari saya.



Ucapan tahniah juga harus diberikan kepada Yuna yang memenangi tempat ke-2. Dengan persembahan yang bersahaja Yuna mampu memukau para juri. Tidak lupa juga kepada Hujan dan Bunkface yang telah memberikan persaingan yang hebat kepada finalis2 yang lain. Cuma nasib tidak menyebelahi kedua-dua kumpulan indieband negara ini. Karya kalian memang best. Kalau tak best, camne boleh jadi finaliskan? Teruskan perjuangan muzik indie kalian ye. Huhu.



Pujian juga harus diberikan kepada pemenang tempat ke-3 iaitu Faizal Tahir yang tetap dengan pendiriannya untuk terus membuat persembahan pada malam anugerah. Faizal yang masih lagi belum pulih dari penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) dan sebelum ini, jangkitan kuman pada paru-paru, dinasihatkan doktor untuk berehat. Tetapi, dengan semangat juang yang tinggi beliau naik ke pentas dan membuat persembahan yang hebat dan mantap walaupun bertongkat. Juan tabik spring kepada penyanyi ini. Huhu.



Black adalah anak didik Mas Idayu dalam rancangan realiti tv yang baru graduate dari rancangan realiti tv Mentor terus menunjukkan taringnya. Black yang mempunyai suara yang bernada tinggi memenangi anugerah vokal terbaik di AJL24 ini. Tidak sia2 ilmu yang Kak Mas berikan padanya. Siap kene rotan lagi si Black dengan Kak Mas masa menjadi peserta dalam rancangan Mentor. Hihi.


Kepada pengacara majlis iaitu Cheryl Samad dan Faizal Ismail yang sekali lagi digandingkan dengan Ally Iskandar. Kehadiran mereka ini, memeriahkan lagi AJL24. Lawak jenaka dari usik-mengusik Faizal Ismail dan Ally menjadi. Juan yang menonton bersama keluarga di rumah turut terhibur dengan jenaka mereka. Haha.


Persembahan selingan sebelum keputusan diumumkan sangat best! Dimulakan dengan rentak 60an oleh Jeffrydin. Tapi sayang, ade sedikit gangguan teknikal. Kerana tiba2 tiada siaran. Nasib baik ia cepat diperbetulkan. Huhu. Diturus dengan lagu 80an oleh JayJay itu pun best juga. Seterusnya tibalah kumpulan rock lagenda tanah air iaitu kumpulan Search. Persembahan otai2 yang sangat superb. Tak tahu la cmne nak tulis kat sini. Haha. Dan ditutup dengan persembahan dari Meet Uncle Hussein. Yang menampilkan vokal yang tinggi. Memang wow!!!


Tahniah kepada TV3 dan crew2 yang terlibat samaada secara langsung atau pun tidak. AJL24 adalah rancangan yang tidak rugi untuk ditonton. Hihi. Siapa2 yang terlepas untuk menyaksikan secara live. Anda boleh saksikan secara online di laman web rasmi TV3 secara percuma. Huhu.

ps:kalau ade sape2 nak menang macam black, yang mempunyai vokal yang power. Boleh la dapatkan RAHSIA VOKAL dari ZARUL (Umbrella) yang popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka.



Sekian, terima kasih kerana sudi melawat blog Juan ini.

Norazwan aka Juan,

Sahabat internet anda.
Read On

Cara Penggurusan Stress

0 comments Sunday, January 10, 2010
Salam dan selamat sejahtera..

Kali ini Juan nak kongsikan kepada anda semua pasal STRESS ni. Senang cite cara atau tips pengurusan stress. Adakah anda semua tahu anda stress sebab menerima terlalu banyak tekanan atau bebanan kerja? Sering merasa penat atau keletihan juga boleh menyebabkan anda stress. Bagaimana kalau anda cuba amalkan beberapa tip mudah untuk mengurangkan stress anda.



KETAWA



Rasanya tiada cara yang paling mudah untuk mengurangkan stress selain dari ketawa. Kerana ketawa merupakan ubat yang mujarab selain daripada doa dan amalan. Ketawa merupakan terapi yang paling baik dan berkesan. Malah, ketawa juga boleh mambuatkan hati kita menjadi lebih tenang. Selain itu, ketawa kita juga dapat menyenangkan hati orang lain yang berada disekeliling kita. Oleh itu, jangan malu atau segan untuk ketawa atau paling kurang senyumlah dengan seikhlas hati anda.

URUTAN SENDI



Kadangkala, bebanan kerja yang banyak memyebabkan kita sakit bahu, belakang dan sengal-sengal sendi. Lakukan sedikit urutan lembut pada titik-titik akupunktur, sekitar mata dan hidung. Tekan atau picitkan perlahan-lahan dan lembut sehingga pening dan sakit anda beransur hilang.

BERJALAN



Selain itu, anda juga boleh berhenti membuat kerja anda tu sementara dan lakukan sedikit senaman ringan. Tubuh badan yang stress pula akan membuatkan kita keletihan dan tidak bermaya. Cuba berjalan sekurang-kurangnya 5-10 minit. Dengan cara ini anda dapat melegakan ketegangan dan keletihan anda ketika bekerja dan ia juga merupakan senaman kecil yang berkesan. Juan pasti ini juga dapat meningkatkan produktiviti anda.

SEKS TERATUR



Haa.. Yang ni Juan dapat daripada pembacaan. Bagi yang sudah berumah tangga, seks teratur juga dapat membantu mengatasi ketegangan atau stress ini. Hubungan intim yang teratur boleh mengembalikan mood anda untuk keesokan harinya.

CIUMAN




Ciuman yang hangat membuatkan tubuh boleh menjadi lebih relaks, tenang dan penuh dengan cinta dan kelembutan. Ia menghasilkan gelombang positif pada otak dan perubahan kimia yang lain. Manfaatnya lebih kurang sama dengan meditasi.

DOA



Ketika anda stress, kelenjar adrenalin tubuh anda akan mengeluarkan bahan kimia yang berfungsi meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah serta serta menurunkan kekebalan tubuh anda. Doa merupakan cara yang lebih berkesan untuk mengurangkan stress dan sekaligus mendekatkan diri dengan Allah. Selain doa, bagi yang beragama Islam boleh la menunaikan solat. Juan pasti anda akan menjadi lebih rilex.

Setakat ini ajelah perkongsian Juan pada kali ini. Semoga anda dapat menggunakan perkongsian ini dengan baik. Diharapkan, anda semua dah tak stress lagi selepas ni.
Dan jika ianya terjadi, diharapkan anda tahu bagaimana hendak menguruskannya.

Sekian, terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini.

Norazwan aka Juan,

Sahabat internet anda.
Read On

Dah nak habis cuti sem..

0 comments Friday, January 8, 2010
Salam sejahtera semua. Dah lama Juan tak update blog ni. Sampai ade rakan yang tegur. Thanks Kid. Hehe. Hari jumaat adalah penghulu segala hari. Dan di hari yang berbahagia ini saya tergerak hati untuk menulis. Dah lame sangat tinggalkan blog ni sebenarnya. Dan sebelum terlupa, juan nak ucapkan selamat tahun baru 2010. Jika anda nak kongsi azam baru anda, boleh je kumen pada post ni ye..


Ok la, macam melalut je dari tajuk kat atas tu. Huhu. Sebenarnya, saya baru dapat surat dari poli tempat saya belajar. Dalam surat tu menyatakan saya perlu mendaftar 14 Jan 2010. Maknanya, cuti yang sedang dinikmati ini sudah hampir ke penghujung. Huhu. Sangat tidak best. Tapi dalam hati tak sabar nak tunggu masuk belajar semula. Boleh berjumpa dengan kawan2 seperjuangan.





Jadi kepada rakan2 JKE PSA jumpa pada hari pendaftaran nanti ye. Rindu pada korang semua. Haha. Kat bawah ni, juan akan selitkan sedikit butir2 tentang pendaftaran.

Tarikh : 14 Jan 2010
Masa : 8.30am
Tempak : Foyer JKE

***Jangan lupa bawa keperluan yang diperlukan ye. :)


Rasanya setakat ni je untuk post kali ini. Tibe2 kepala ini rasa pening pulak. Mungkin sebab asik depan laptop nie je. Hehe. Jumpa di lain post ye..

Norazwan aka Juan,

Sahabat internet anda.
Read On

Mengenai Penulis

Penulis merupakan seorang pelajar yang masih menuntut. Berminat dalam bidang kejuruteraan, perniagaan internet dan juga hubungan. Penulis juga ingin menyebarkan/berkongsi ilmu yang ada, supaya ia tidak menjadi sia-sia. Selamat membaca dan salam perkenalan.

Ikhlas,

Norazwan aka Juan