Suka Duka Ayam Penyet.

6 comments Sunday, December 27, 2009
Salam dan Selamat sejahtera.

Kali ni cerita pasal ayam penyet yang semakin digilai semua. Haha. Saya pun gila jugak kot dengan ayam penyet ni. Post kali ni saya nak cerita sikit suka duka 1st time pergi makan ayam penyet ni.



Lokasi:Restoran Ayam Penyet, WangsaWalk, Wangsamaju.
Tarikh:24/12/09 (khamis)
Masa:3.30pm

Masuk je kat kedai, dalam kepala dah set nak rase ayam penyet. 2 set nasi ayam penyet diorder untuk saya dan rakan saya Syafiq. Kerana dia jugalah kami sampai ke destinasi dengan selamat menaiki motorsikal LC135 milik beliau. Lepas order kami borak-borak kosong. Dalam 5minit borak makanan yang kami order tadi sampai depan mata. Dalam hati berkata "wah, cepatnya!"








Kami pergi ke singki untuk basuh tangan. Kalau makan pakai sudu dan garfu kurang "ummhh" rasanya. Selepas doa dibaca kami pun makan. Saya rasa ayam dan cecah sambal. Huhu, terangkat rasanya. Boleh tahan juga ayam penyet ni. Kami meneruskan aktiviti itu, sehingga selesai. Haha, licin pinggan. Sebenarnya saya dah 3hari tak makan nasi, tiba2 dapat makan nasi ayam penyet. Bestnya.





Suasana restoran boleh tahan. Sedap mata memandang. Dekorasi yang sederhana. Pelayannya pula friendly. Memang berpuas hati. InsyaAllah saya akan datang lagi ke sana jika ada kelapangan. Bil dibayar dan kami pun beredar dari situ. Sempat juga jalan2 dalam WangsaWalk tu. Huhu.







Kami ke tempat letak motor. Tengok2 no plat motor syafiq telah di curi. Kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Selayang baru cari kedai motor. Dalam perjalanan, hujan lebat turun mencurah. Kami berhenti di bawah jambatan dan meneruskan perjalanan setelah hujan reda. Lebih kurang pukul 6pm kami sampai di rumah. Alhamdulillah.



Itulah sedikit perkongsian suka duka kami untuk merasai kesedapan ayam penyet. Anda bagaimana pula? Adakah yang senasib seperti kami? Huhu..

Sekian.

Norazwan aka Juan

Sahabat internet anda.
Read On

Mengenai Penulis

Penulis merupakan seorang pelajar yang masih menuntut. Berminat dalam bidang kejuruteraan, perniagaan internet dan juga hubungan. Penulis juga ingin menyebarkan/berkongsi ilmu yang ada, supaya ia tidak menjadi sia-sia. Selamat membaca dan salam perkenalan.

Ikhlas,

Norazwan aka Juan