Keajaiban Cinta Abadi

1 comments Monday, January 11, 2010
Salam sejahtera kepada semua.

Entah mengapa hari ini tiba2 ingin menjadi jiwang karat. (Haha,ko memang jiwang pun Juan). Ini mungkin kerana cinta adalah salah satu matlamat dalam hidup Juan. Cinta jugalah yang Juan cari, kejar, rasai, beri, dan nikmati dalam hidup ini. Banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini yang memang berkaitan dengan cinta.



Contohnya, cinta kepada Allah SWT. Cinta kepada ibu bapa dan juga keluarga. Tidak kurang juga cinta kepada kekasih dan sahabat yang berada disekeliling kita. Bila kita mencintai, kasih sayang pula akan wujud dengan sendirinya. Bila masing2 ada rasa cinta dan kasih sayang ini apakah yang akan terjadi??

Cuba anda fikirkan, bila kita saling mencintai dan menyayangi antara satu sama lain betapa amannya dunia ini. Juan pasti, tiada yang akan menderita. Sesungguhnya cinta itu sangat indah. (Manis jer macam madu..:p) Mungkin anda tertanya bagaimana untuk mendapatkan cinta itu?? Bagi Juan mudah je untuk dapatkan cinta itu. Belajarlah untuk mencintai dengan hati yang ikhlas. Anda pasti akan disayangi dengan ikhlas juga. Juan katakan begitu kerana setiap apa yang kita beri, pasti ada balasannya.



Cinta itu indah. Cinta itu suci. Cinta bukan untuk dipermainkan. Kerana cinta itu bukan permainan. Cinta itu amat sukar dimengertikan dan sangat sukar untuk ditafsir. Kerana cinta terlalu simbolik dan sukar dirungkaikan dengan makna. Cinta membenihkan kasih sayang dan juga rindu. Cinta jua mampu membuahkan benci dan dendam yang amat mendalam.

Cinta suci hadir tanpa pengharapan. Pengharapan untuk diberikan balasan. Pengharapan untuk memiliki sepenuhnya. Cinta sejati dapat mewarnai kehidupan di dunia ini. Berprinsipkan memberi tanpa mengharapkan balasan. Berpandukan pengharapan agar cinta itu diredhai Allah SWT dan cinta itu diberkati-Nya. Bukan mengharapkan ketaatan insan semata.



Pencinta sejati menghidupkan dunia cintanya dengan keikhlasan. Membajainya dengan kejujuran. Menyuburkannya dengan keikhlasan dan menguburkannya hanya dengan kematian. Cinta sejati menerima segala ketentuan Allah dengan hati terbuka dan ikhlas. Ia juga mampu mengubah ketidaksetiaan menjadi kesetiaan sejati. Kesabaran dalam mengharungi dugaan cinta merupakan kekuatan bagi pencinta sejati. Pencinta sejati tidak akan tunduk kepada dunia. Sebaliknya ia akan menjadikan dunia tunduk kepadanya.

Namun... setiap insan punyai kelemahan. Adakala pencinta sejati tersungkur di tangan nafsu. Lalu kesejatian cinta mulai pudar cahayanya. Hanya iman sahaja yang akan jadi penyelamat kalbu.. Iman yang tumbuh subur mengharum di sanubari dapat mendidik nafsu sang pencinta sejati. Pencinta sejati juga tidak akan terlepas dari diduga. Namun, tiap ujian yang melanda perlu dianggap sebagai wadah untuk kembali kepada Pencipta cinta.

Cinta itu bukan untuk dimungkiri, bukan untuk didustai. Apalah erti cinta suci andai janji-janji sering dimungkiri. Apalah erti cinta murni andai kata-kata sering didustai. Bercintalah kerana Allah. Pasti DIA akan memelihara cinta itu. Alhamdulillah, segala puji dan syukur ku panjatkan kehadrat-MU atas kurniaan cinta dari hati yang Kau miliki.




Kau hadirkannya di saat aku hilang percaya pada cinta. Kau hadiahkannya padaku di saat aku sudah tidak terfikir akan cinta lagi. Disaat pintu hatiku telah ku kunci rapi dan kunci itu telah ku lontarkan ke langit untuk dijaga sebaiknya olehMu Pencipta hatiku. KeagunganMU mengatasi kehendak hatiku.

Kau hadiahkan kunci hatiku pada insan yang sanggup berkorban untuk mencariMU. Insan yang sanggup berubah demiMU. Wahai Tuhanku, daku mohon dengan tersangat-sangat mohon. Tolong pelihara cinta ini agar ia terus berjalan di bawah naungan rahmatMU. Lindungilah kami dari iblis dan syaitan. Lindungilah kami dari hasutan nafsu yang boleh merosakkan kesucian cinta. Moga cinta ini menjadi wadah untuk kami mendapatkan keredhaanMu.





Sekian saja coretan cinta daripada Juan. Terima kasih,kerana sudi membacanya dengan tekun. Jangan lupa tinggalkan komen ye. Juan tunggu nie. Huhu.

Norazwan aka Juan

Sahabat internet anda.
Read On

Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24)

0 comments

Salam sejahtera.

Sepertimana yang diketahui umum, semalam 10/1/2010 merupakan tarikh keramat bagi penggiat muzik tanah air yang telah tercalon dalam Anugerah Juara Lagu yang ke-24. Majlis gilang-gemilang ini diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Debaran dan tanda tanya siapakah juara AJL24 ini sudah pun terjawab. Dan keputusannya telah pun diketahui. Tahniah kepada semua pemenang. Pada yang tidak menang, teruskanlah memperjuangkan muzik anda.



Berikut senarai pemenang AJL24:
1. Juara Lagu Pergi (Aizat)
2. Naib Juara Lagu Dan Sebenarnya (Yuna)
3. Tempat Ketiga Bencinta (Faizal Tahir)
4. Persembahan Terbaik Kau Aku (Aizat)
5. Vokal Terbaik Black

Kali ini Aizat bangkit selepas kekalahannya pada AJL23. Aizat telah membuktikan kewibawaannya sebagai pendatang baru dengan berjaya memenangi dua hadiah. Iaitu, Juara lagu dan Persembahan terbaik pada malam semalam. Tahniah dan syabas kepada beliau sekali lagi dari saya.



Ucapan tahniah juga harus diberikan kepada Yuna yang memenangi tempat ke-2. Dengan persembahan yang bersahaja Yuna mampu memukau para juri. Tidak lupa juga kepada Hujan dan Bunkface yang telah memberikan persaingan yang hebat kepada finalis2 yang lain. Cuma nasib tidak menyebelahi kedua-dua kumpulan indieband negara ini. Karya kalian memang best. Kalau tak best, camne boleh jadi finaliskan? Teruskan perjuangan muzik indie kalian ye. Huhu.



Pujian juga harus diberikan kepada pemenang tempat ke-3 iaitu Faizal Tahir yang tetap dengan pendiriannya untuk terus membuat persembahan pada malam anugerah. Faizal yang masih lagi belum pulih dari penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) dan sebelum ini, jangkitan kuman pada paru-paru, dinasihatkan doktor untuk berehat. Tetapi, dengan semangat juang yang tinggi beliau naik ke pentas dan membuat persembahan yang hebat dan mantap walaupun bertongkat. Juan tabik spring kepada penyanyi ini. Huhu.



Black adalah anak didik Mas Idayu dalam rancangan realiti tv yang baru graduate dari rancangan realiti tv Mentor terus menunjukkan taringnya. Black yang mempunyai suara yang bernada tinggi memenangi anugerah vokal terbaik di AJL24 ini. Tidak sia2 ilmu yang Kak Mas berikan padanya. Siap kene rotan lagi si Black dengan Kak Mas masa menjadi peserta dalam rancangan Mentor. Hihi.


Kepada pengacara majlis iaitu Cheryl Samad dan Faizal Ismail yang sekali lagi digandingkan dengan Ally Iskandar. Kehadiran mereka ini, memeriahkan lagi AJL24. Lawak jenaka dari usik-mengusik Faizal Ismail dan Ally menjadi. Juan yang menonton bersama keluarga di rumah turut terhibur dengan jenaka mereka. Haha.


Persembahan selingan sebelum keputusan diumumkan sangat best! Dimulakan dengan rentak 60an oleh Jeffrydin. Tapi sayang, ade sedikit gangguan teknikal. Kerana tiba2 tiada siaran. Nasib baik ia cepat diperbetulkan. Huhu. Diturus dengan lagu 80an oleh JayJay itu pun best juga. Seterusnya tibalah kumpulan rock lagenda tanah air iaitu kumpulan Search. Persembahan otai2 yang sangat superb. Tak tahu la cmne nak tulis kat sini. Haha. Dan ditutup dengan persembahan dari Meet Uncle Hussein. Yang menampilkan vokal yang tinggi. Memang wow!!!


Tahniah kepada TV3 dan crew2 yang terlibat samaada secara langsung atau pun tidak. AJL24 adalah rancangan yang tidak rugi untuk ditonton. Hihi. Siapa2 yang terlepas untuk menyaksikan secara live. Anda boleh saksikan secara online di laman web rasmi TV3 secara percuma. Huhu.

ps:kalau ade sape2 nak menang macam black, yang mempunyai vokal yang power. Boleh la dapatkan RAHSIA VOKAL dari ZARUL (Umbrella) yang popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka.



Sekian, terima kasih kerana sudi melawat blog Juan ini.

Norazwan aka Juan,

Sahabat internet anda.
Read On

Mengenai Penulis

Penulis merupakan seorang pelajar yang masih menuntut. Berminat dalam bidang kejuruteraan, perniagaan internet dan juga hubungan. Penulis juga ingin menyebarkan/berkongsi ilmu yang ada, supaya ia tidak menjadi sia-sia. Selamat membaca dan salam perkenalan.

Ikhlas,

Norazwan aka Juan