Suka Duka Ayam Penyet.

6 comments Sunday, December 27, 2009
Salam dan Selamat sejahtera.

Kali ni cerita pasal ayam penyet yang semakin digilai semua. Haha. Saya pun gila jugak kot dengan ayam penyet ni. Post kali ni saya nak cerita sikit suka duka 1st time pergi makan ayam penyet ni.



Lokasi:Restoran Ayam Penyet, WangsaWalk, Wangsamaju.
Tarikh:24/12/09 (khamis)
Masa:3.30pm

Masuk je kat kedai, dalam kepala dah set nak rase ayam penyet. 2 set nasi ayam penyet diorder untuk saya dan rakan saya Syafiq. Kerana dia jugalah kami sampai ke destinasi dengan selamat menaiki motorsikal LC135 milik beliau. Lepas order kami borak-borak kosong. Dalam 5minit borak makanan yang kami order tadi sampai depan mata. Dalam hati berkata "wah, cepatnya!"








Kami pergi ke singki untuk basuh tangan. Kalau makan pakai sudu dan garfu kurang "ummhh" rasanya. Selepas doa dibaca kami pun makan. Saya rasa ayam dan cecah sambal. Huhu, terangkat rasanya. Boleh tahan juga ayam penyet ni. Kami meneruskan aktiviti itu, sehingga selesai. Haha, licin pinggan. Sebenarnya saya dah 3hari tak makan nasi, tiba2 dapat makan nasi ayam penyet. Bestnya.





Suasana restoran boleh tahan. Sedap mata memandang. Dekorasi yang sederhana. Pelayannya pula friendly. Memang berpuas hati. InsyaAllah saya akan datang lagi ke sana jika ada kelapangan. Bil dibayar dan kami pun beredar dari situ. Sempat juga jalan2 dalam WangsaWalk tu. Huhu.







Kami ke tempat letak motor. Tengok2 no plat motor syafiq telah di curi. Kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Selayang baru cari kedai motor. Dalam perjalanan, hujan lebat turun mencurah. Kami berhenti di bawah jambatan dan meneruskan perjalanan setelah hujan reda. Lebih kurang pukul 6pm kami sampai di rumah. Alhamdulillah.



Itulah sedikit perkongsian suka duka kami untuk merasai kesedapan ayam penyet. Anda bagaimana pula? Adakah yang senasib seperti kami? Huhu..

Sekian.

Norazwan aka Juan

Sahabat internet anda.
Read On

MP3 untuk Pertandingan Akhir Tahun

0 comments Wednesday, December 23, 2009
Salam dan selamat sejahtera semua.

Raja Kamil(RK) merupakan salah seorang sifu saya dalam perniagaan internet ini. Banyak yang saya belajar dari beliau. RK juga seorang yang sporting. Haha. Saya juga merupakan salah seorang subscriber blog beliau http://rajakamil.biz/

Mengapa saya jadi subscriber blog RK?

1. Banyak ilmu2 yang boleh dikorek pada blog tersebut.
2. Banyak perkongsian yang menarik
3. Hadiah lumayan
4. Banyak promosi giler kat sane
5. Senang cite.. Macam2 ada..:)



Baiklah, terus kepada tajuk yang sebenar. Kali ini, adalah peluang untuk untuk anda semua memenangi MP3 2gb. Kerjanya mudah saja cuma postkan ayat di bawah ini pada blog anda.



Raja Kamil seorang usahawan internet sepenuh masa mengadakan cabutan bertuah lagi.
Hadiah kali ini lebih lumayan daripada sebelum ini.

Begitu juga dengan syaratnya, paling mudah, tak sampai seminit pun masa diperlukanuntuk peluang memenangi hadiah beliau.

Jika anda hendak memenangi sebuah MP3 Player berkapasiti

2GB, baca lanjut di cabutan http://rajakamil.biz/2009/11/20/pertandingan-akhir-tahun-update

Sekian,terima kasih.

Norazwan aka Juan

Sahabat internet anda.
Read On

Rahsia Menawan Hati Jejaka Idaman Terbongkar!

0 comments Friday, December 18, 2009
Salam dan selamat sejahtera.

Post kali ini saya tujukan khas untuk kaum hawa. Saya berjumpa dengan satu produk "ebook" yang saya ketegorikan TERBAIK untuk wanita, perempuan, gadis dan yang sewaktu dengannya. Ianya adalah "Panduan Cinta Untuk Wanita" yang telah di tulis dengan baik oleh Ridzuan Richie. Beliau merupakan seorang blogger yang mempunyai cara yang tersendiri semasa menulis.

>>> Klik untuk info selanjutnya..

Saya yakin ramai di kalangan wanita di luar sana yang masih membujang kerana anda masih belum dapat memiliki jejaka yang anda idamkan. Walaupun sudah ramai lelaki yang cuba memikat anda, tetapi hati anda tetap dengan jejaka idaman dan igauan anda dan si dia sentiasa di hati anda. Tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan tempatnya di dalam hati anda.

Saya tahu anda kecewa. Anda ingin memilikinya tetapi anda tidak yakin, tiada peluang dan anda sangat merendah diri apabila berhadapan dengannya. Tahukah anda bahawa di luar sana, terdapat ramai wanita yang tidak secantik Siti Nurhaliza, tidak sesempurna Maya Karin, tetapi mereka masih mampu dan berjaya memiliki jejaka idaman mereka? Ini adalah kerana mereka mengetahui satu rahsia yang mereka tidak mahu kongsikannya dengan anda!

Apa yang menjadi rahsia mereka selama ini ialah mereka mengetahui segalanya mengenai kelebihan dan kelemahan lelaki, mengenali mereka sedalamnya dan tahu bagaimana untuk menawan hati mereka! Semua ini telah dibongkarkan di dalam ebook Panduan Cinta Untuk Wanita. Ebook yang sangat comel ini telah menceritakan segala perkara mengenai lelaki dan bagaimana untuk menawan hati mereka.

Tidak akan ada maklumat yang sebegitu tepat sekiranya ia tidak ditulis oleh kaum lelaki sendiri. Bukan senang untuk memahami hati seseorang lelaki. Wanita perlu berusaha dan belajar sendiri bagaimana untuk memahami mereka. Kini, anda tidak perlu risau lagi! Dengan kewujudan ebook Panduan Cinta Untuk Wanita, saya percaya, perkataan “tidak yakin”, “tiada peluang”, “rendah diri” dan sebagainya tidak akan wujud lagi di dalam kamus hidup anda dan nantikan si dia menjadi milik anda buat selamanya.

>>> Klik untuk info selanjutnya..

Saya rasa cukuplah setakat ini perkongsian saya. Sudikanlah untuk mendapatkan ilmu ini.



Norazwan aka Juan

Sahabat internet anda.

>>> Klik untuk info selanjutnya..
Read On

Tahun Hijrah dan hadiah PERCUMA?

0 comments Thursday, December 17, 2009
Salam dan selamat sejahtera.

Agak lama tidak update blog ini. Sebenarnya saya agak sibuk dengan final exam. Tapi sekarang dah selesai. Tidak sabar rasanya untuk menunggu hari keputusan keluar nanti.
Saya dah buat yang terbaik untuk kemajuan diri sendiri. Dan menuntut ilmu itu penting.

"Kata pepatah tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad".

Baiklah, sempena menyambut tahun Hijrah yang ke 1431 ini. Saya terpanggil untuk mengajak anda semua yang membaca blog saya ini untuk berhijrah kepada yang lebih baik dalam perniagaan internet ini.

>>> KLIK DI SINI..

Berkenaan dengan menuntut ilmu pula, ia amat penting bagi kita untuk mempelajari sesuatu ilmu yang baru. Jika kita tekun mempelajari ilmu baru itu, sudah tentu kita akan menjadi PAKAR di dalam bidang itu.

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya".

Jadi untuk menuntut ilmu pun sama saperti kata-kata di atas. Belajarlah ia dari zero ke hero. Ianya memang tidak mustahil untuk dilakukan. Jika anda ingin belajar sesuatu yang baru dan bermanfaat dengan PERCUMA, saya ada hadiah untuk anda sempena tahun baru hijrah ini.

Saya tidak mahu bercerita dengan panjang lebar lagi. Kerana saya ingin terus berkongsi perkara hebat ini bersama anda. Saya nak anda tentukan sendiri.

>>> KLIK DI SINI..

Ianya 100% PERCUMA khas untuk anda. Anda hanya perlu isikan nama dan emel untuk mereka menghantar produk-produk kepada anda. :) Saya yakin, ini adalah perkongsian yang menarik untuk semua.

Sekian,
Norazwan aka Juan

Sahabat internet anda..:)

>>> KLIK DI SINI..
Read On

Pengenalan.

0 comments Sunday, December 6, 2009


Salam dan selamat sejahtera kepada anda semua yang melawat blog saya ini.

Tujuan saya buat blog ini adalah untuk memberikan/berkongsi kepada anda semua info-info yang saya rasakan berguna kepada diri saya dan anda. Atau apa saja yang saya rasa perlu untuk dikongsikan untuk anda semua.

Diharapkan apa yang bakal saya/kalian kongsikan dan hidangkan kepada pelawat blog ini semua nanti merupakan sesuatu yang bermanfaat. Seterusnya dapat membantu saya/kalian lagi di dalam kehidupan yang semakin mencabar ini.

Jika anda sebarang persoalan atau kemusykilan. Saya galakkan anda untuk bertanya kepada saya/pengunjung blog ini. Dari pihak saya, saya akan cuba untuk menolong anda sebaik mungkin. Jika saya tidak boleh menolong anda, saya akan cuba dapatkan jawapan daripada mereka yang lebih berpengalaman.

Saya suka untuk memberitahu anda ini adalah personal blog. Dan di dini hanyalah perkongsian saya dan blogger2 kepada semua pelawat blog. Sekian saja pada post kali ini. Diharapkan anda sudi untuk berkongsi pengalaman anda atau apa2 yang berkaitan disini. Agar pembaca lain juga dapat manfaatnya.

Sekian, terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini.

Norazwan aka Juan,

Sahabat internet anda.
Read On

Mengenai Penulis

Penulis merupakan seorang pelajar yang masih menuntut. Berminat dalam bidang kejuruteraan, perniagaan internet dan juga hubungan. Penulis juga ingin menyebarkan/berkongsi ilmu yang ada, supaya ia tidak menjadi sia-sia. Selamat membaca dan salam perkenalan.

Ikhlas,

Norazwan aka Juan