20 Tips Memikat Hati Lelaki

0 comments Sunday, February 7, 2010
Salam sejahtera.

Kali ni Juan nak kongsi dengan anda semua tentang 20 tips untuk memikat hati lelaki. Para wanita dan gadis2 boleh la menggunakan tips2 ini untuk memikat jejaka idaman anda ye. Yang dah kawen dan sudah berpunya pula, boleh la gunakan tips2 ini untuk mengikat talian kasih yang sudah terjalin itu. Huhu.

Juan ni cite macam orang yang sangat berpengalaman pulak dalam hal2 ni. Haha. Tapi ni la yang kebanyakan lelaki mahu dari wanita idaman mereka. Termasuk la Juan ni kot. Hihi. Jadi boleh la gunakan tip2 ini untuk kebaikan hubungan anda.


1. Sentiasa senyum dan tidak bersikap sombong.
2. Jujur dan bersikap rendah diri.
3. Lelaki suka wanita yang mampu menjadi pendengar setia.
4. Sanggup bersama ketika susah dan senang.
5. Sederhana dan tidak bersikap boros dalam berbelanja.
6. Tidak terlalu bersikap meminta-minta.
7. Lelaki suka wanita yang boleh dibawa berbincang.
8. Jangan terlalu suka merengek seperti budak2.
9. Bersikap tegas dan menunjukkan kamu tidak boleh dipermainkan.
10. Bersikap mengambil berat terhadap pasangan.
11. Lelaki suka wanita yang pandai menjaga kecantikan diri.
12. Walaupun lelaki nampak kasar, tetapi meraka sukakan belaian seorang wanita.
13. Wanita yang bersikap keibuan lebih diminati lelaki.
14. Lelaki tidak suka wanita yang bermekap tebal.
15. Berterus terang adalah perkara yang terbaik.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Jangan terlalu mengongkong pasangan anda.
18. Pandai memasak adalah ciri2 lelaki mudah terpikat dengan anda.
19. Berpenampilan menarik ketika bersama.
20. Owh ya, lelaki juga suka dimanja dengan belaian dan kata-kata yang romantik.


Sekian saja dari Juan untuk kali ini. Semoga perkongsian ini dapat menbantu anda.

Norazwan aka Juan

Sahabat internet anda.
Read On

Mengenai Penulis

Penulis merupakan seorang pelajar yang masih menuntut. Berminat dalam bidang kejuruteraan, perniagaan internet dan juga hubungan. Penulis juga ingin menyebarkan/berkongsi ilmu yang ada, supaya ia tidak menjadi sia-sia. Selamat membaca dan salam perkenalan.

Ikhlas,

Norazwan aka Juan