Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Rahsia Pakar Affiliate Kerajaan Yang Terbongkar

0 comments Tuesday, February 16, 2010
Salam sejahtera.

Hari ini, saya tak sabar-sabar nak beritahu nak berkongsi dengan anda semua. Haha. Mesti kalian agak pelik bukan, mengapa Juan jadi begini. Ianya berkenaan satu berita terbaru dari dunia internet Malaysia dari salah seorang SIFU Juan di internet ni.

Begini ceritanya.

JaMaL sifu Juan ni, yang juga dipanggil sebagai Affiliate Kerajaan, telah pun melancarkan produk ebooknya yang terbaru dan tersangatlah istimewa, iaitu..

“Rahsia Affiliate Kerajaan”

Sungguh istimewa dan unik tajuk ebooknya ni bukan? Pasal apa ye ebook tu? Yang sebernarnya ianya adalah pasal teknik-teknik yang digunakan oleh JaMaL dalam pemasaran affiliate sepanjang 2009. 4 teknik pemasaran internet terhebat dari JaMaL.


Jika anda masih tidak kenal dengan sifu Juan ni, biarlah Juan ceritakan serba sedikit yer.. Beliau adalah seorang newbie yang berjaya dengan sangat pantas dalam pemasaran internet terutamanya dalam pemasaran ebook dan juga affiliate sepanjang 2009. Beliau telah jana 6 angka income sampingan di internet sepanjang 2009! Satu pencapaian mengkagumkan bagi seorang yang masih baru (newbie). Untuk makluman, JaMaL berjaya jana income sebanyak itu dengan hanya part time, di mana di siang hari beliau bergelar sebagai seorang jurutera.

Lihat…

Seorang yang baru mampu untuk berjaya sepantas itu dengan masa yang terhad, dengan sibuk dengan kerjaya, urusan keluarga lagi. Tiada yang mustahil! kerana anda juga boleh jana income di internet seperti sifu Juan nie. Untuk berjaya, kita perlu tiru orang yang berjaya.

Nak tahu lebih lanjut berkenaan Rahsia Affiliate Kerajaan ini?

Klik banner di bawah:


Sekian saja, di lain masa Juan akan sampaikan apa-apa
Info berkenaan Rahsia Affiliate Kerajaan ini.

Sekian.

Norazwan aka Juan

Sahabat internet anda.
Read On

Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24)

0 comments Monday, January 11, 2010

Salam sejahtera.

Sepertimana yang diketahui umum, semalam 10/1/2010 merupakan tarikh keramat bagi penggiat muzik tanah air yang telah tercalon dalam Anugerah Juara Lagu yang ke-24. Majlis gilang-gemilang ini diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Debaran dan tanda tanya siapakah juara AJL24 ini sudah pun terjawab. Dan keputusannya telah pun diketahui. Tahniah kepada semua pemenang. Pada yang tidak menang, teruskanlah memperjuangkan muzik anda.



Berikut senarai pemenang AJL24:
1. Juara Lagu Pergi (Aizat)
2. Naib Juara Lagu Dan Sebenarnya (Yuna)
3. Tempat Ketiga Bencinta (Faizal Tahir)
4. Persembahan Terbaik Kau Aku (Aizat)
5. Vokal Terbaik Black

Kali ini Aizat bangkit selepas kekalahannya pada AJL23. Aizat telah membuktikan kewibawaannya sebagai pendatang baru dengan berjaya memenangi dua hadiah. Iaitu, Juara lagu dan Persembahan terbaik pada malam semalam. Tahniah dan syabas kepada beliau sekali lagi dari saya.



Ucapan tahniah juga harus diberikan kepada Yuna yang memenangi tempat ke-2. Dengan persembahan yang bersahaja Yuna mampu memukau para juri. Tidak lupa juga kepada Hujan dan Bunkface yang telah memberikan persaingan yang hebat kepada finalis2 yang lain. Cuma nasib tidak menyebelahi kedua-dua kumpulan indieband negara ini. Karya kalian memang best. Kalau tak best, camne boleh jadi finaliskan? Teruskan perjuangan muzik indie kalian ye. Huhu.



Pujian juga harus diberikan kepada pemenang tempat ke-3 iaitu Faizal Tahir yang tetap dengan pendiriannya untuk terus membuat persembahan pada malam anugerah. Faizal yang masih lagi belum pulih dari penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) dan sebelum ini, jangkitan kuman pada paru-paru, dinasihatkan doktor untuk berehat. Tetapi, dengan semangat juang yang tinggi beliau naik ke pentas dan membuat persembahan yang hebat dan mantap walaupun bertongkat. Juan tabik spring kepada penyanyi ini. Huhu.



Black adalah anak didik Mas Idayu dalam rancangan realiti tv yang baru graduate dari rancangan realiti tv Mentor terus menunjukkan taringnya. Black yang mempunyai suara yang bernada tinggi memenangi anugerah vokal terbaik di AJL24 ini. Tidak sia2 ilmu yang Kak Mas berikan padanya. Siap kene rotan lagi si Black dengan Kak Mas masa menjadi peserta dalam rancangan Mentor. Hihi.


Kepada pengacara majlis iaitu Cheryl Samad dan Faizal Ismail yang sekali lagi digandingkan dengan Ally Iskandar. Kehadiran mereka ini, memeriahkan lagi AJL24. Lawak jenaka dari usik-mengusik Faizal Ismail dan Ally menjadi. Juan yang menonton bersama keluarga di rumah turut terhibur dengan jenaka mereka. Haha.


Persembahan selingan sebelum keputusan diumumkan sangat best! Dimulakan dengan rentak 60an oleh Jeffrydin. Tapi sayang, ade sedikit gangguan teknikal. Kerana tiba2 tiada siaran. Nasib baik ia cepat diperbetulkan. Huhu. Diturus dengan lagu 80an oleh JayJay itu pun best juga. Seterusnya tibalah kumpulan rock lagenda tanah air iaitu kumpulan Search. Persembahan otai2 yang sangat superb. Tak tahu la cmne nak tulis kat sini. Haha. Dan ditutup dengan persembahan dari Meet Uncle Hussein. Yang menampilkan vokal yang tinggi. Memang wow!!!


Tahniah kepada TV3 dan crew2 yang terlibat samaada secara langsung atau pun tidak. AJL24 adalah rancangan yang tidak rugi untuk ditonton. Hihi. Siapa2 yang terlepas untuk menyaksikan secara live. Anda boleh saksikan secara online di laman web rasmi TV3 secara percuma. Huhu.

ps:kalau ade sape2 nak menang macam black, yang mempunyai vokal yang power. Boleh la dapatkan RAHSIA VOKAL dari ZARUL (Umbrella) yang popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka.



Sekian, terima kasih kerana sudi melawat blog Juan ini.

Norazwan aka Juan,

Sahabat internet anda.
Read On

Cara Penggurusan Stress

0 comments Sunday, January 10, 2010
Salam dan selamat sejahtera..

Kali ini Juan nak kongsikan kepada anda semua pasal STRESS ni. Senang cite cara atau tips pengurusan stress. Adakah anda semua tahu anda stress sebab menerima terlalu banyak tekanan atau bebanan kerja? Sering merasa penat atau keletihan juga boleh menyebabkan anda stress. Bagaimana kalau anda cuba amalkan beberapa tip mudah untuk mengurangkan stress anda.



KETAWA



Rasanya tiada cara yang paling mudah untuk mengurangkan stress selain dari ketawa. Kerana ketawa merupakan ubat yang mujarab selain daripada doa dan amalan. Ketawa merupakan terapi yang paling baik dan berkesan. Malah, ketawa juga boleh mambuatkan hati kita menjadi lebih tenang. Selain itu, ketawa kita juga dapat menyenangkan hati orang lain yang berada disekeliling kita. Oleh itu, jangan malu atau segan untuk ketawa atau paling kurang senyumlah dengan seikhlas hati anda.

URUTAN SENDI



Kadangkala, bebanan kerja yang banyak memyebabkan kita sakit bahu, belakang dan sengal-sengal sendi. Lakukan sedikit urutan lembut pada titik-titik akupunktur, sekitar mata dan hidung. Tekan atau picitkan perlahan-lahan dan lembut sehingga pening dan sakit anda beransur hilang.

BERJALAN



Selain itu, anda juga boleh berhenti membuat kerja anda tu sementara dan lakukan sedikit senaman ringan. Tubuh badan yang stress pula akan membuatkan kita keletihan dan tidak bermaya. Cuba berjalan sekurang-kurangnya 5-10 minit. Dengan cara ini anda dapat melegakan ketegangan dan keletihan anda ketika bekerja dan ia juga merupakan senaman kecil yang berkesan. Juan pasti ini juga dapat meningkatkan produktiviti anda.

SEKS TERATUR



Haa.. Yang ni Juan dapat daripada pembacaan. Bagi yang sudah berumah tangga, seks teratur juga dapat membantu mengatasi ketegangan atau stress ini. Hubungan intim yang teratur boleh mengembalikan mood anda untuk keesokan harinya.

CIUMAN




Ciuman yang hangat membuatkan tubuh boleh menjadi lebih relaks, tenang dan penuh dengan cinta dan kelembutan. Ia menghasilkan gelombang positif pada otak dan perubahan kimia yang lain. Manfaatnya lebih kurang sama dengan meditasi.

DOA



Ketika anda stress, kelenjar adrenalin tubuh anda akan mengeluarkan bahan kimia yang berfungsi meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah serta serta menurunkan kekebalan tubuh anda. Doa merupakan cara yang lebih berkesan untuk mengurangkan stress dan sekaligus mendekatkan diri dengan Allah. Selain doa, bagi yang beragama Islam boleh la menunaikan solat. Juan pasti anda akan menjadi lebih rilex.

Setakat ini ajelah perkongsian Juan pada kali ini. Semoga anda dapat menggunakan perkongsian ini dengan baik. Diharapkan, anda semua dah tak stress lagi selepas ni.
Dan jika ianya terjadi, diharapkan anda tahu bagaimana hendak menguruskannya.

Sekian, terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini.

Norazwan aka Juan,

Sahabat internet anda.
Read On

Pengenalan.

0 comments Sunday, December 6, 2009


Salam dan selamat sejahtera kepada anda semua yang melawat blog saya ini.

Tujuan saya buat blog ini adalah untuk memberikan/berkongsi kepada anda semua info-info yang saya rasakan berguna kepada diri saya dan anda. Atau apa saja yang saya rasa perlu untuk dikongsikan untuk anda semua.

Diharapkan apa yang bakal saya/kalian kongsikan dan hidangkan kepada pelawat blog ini semua nanti merupakan sesuatu yang bermanfaat. Seterusnya dapat membantu saya/kalian lagi di dalam kehidupan yang semakin mencabar ini.

Jika anda sebarang persoalan atau kemusykilan. Saya galakkan anda untuk bertanya kepada saya/pengunjung blog ini. Dari pihak saya, saya akan cuba untuk menolong anda sebaik mungkin. Jika saya tidak boleh menolong anda, saya akan cuba dapatkan jawapan daripada mereka yang lebih berpengalaman.

Saya suka untuk memberitahu anda ini adalah personal blog. Dan di dini hanyalah perkongsian saya dan blogger2 kepada semua pelawat blog. Sekian saja pada post kali ini. Diharapkan anda sudi untuk berkongsi pengalaman anda atau apa2 yang berkaitan disini. Agar pembaca lain juga dapat manfaatnya.

Sekian, terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini.

Norazwan aka Juan,

Sahabat internet anda.
Read On

Mengenai Penulis

Penulis merupakan seorang pelajar yang masih menuntut. Berminat dalam bidang kejuruteraan, perniagaan internet dan juga hubungan. Penulis juga ingin menyebarkan/berkongsi ilmu yang ada, supaya ia tidak menjadi sia-sia. Selamat membaca dan salam perkenalan.

Ikhlas,

Norazwan aka Juan